photo bismillahirrahmanirrahim_zpsefed6733.png

Followers

 photo home_zps0ed696f8.png  photo boss_zpsc9ea8e54.png  photo tips_zpsfb19c734.png  photo movie_zps5d424c62.png

Tips: mengatasi dan menghilangkan kesan jerawat dengan bahan semulajadi

hye korang...sihat x ari nie? CM tiba2 rasa nak wat post pasal nk hilangkn parut2 jerawat pulak ari nie...sebenarnya CM terbaca dekat 1 buku nie...so apa salahnya kita berkongsikan...g pown zaman sekarang makin lama makin panas so muka cepat je berminyak...bila berminyak muncul la si kecil yang x menyenangkan tu dekat muka...bila dah ada...bg yg kaki memicit si kecil nie lama2 akan tingglkan kesan dekat muka...so muka pown dah jadi banyak parut...so bg yang mencari jalan untuk menghilangkan parut2 nie...apa kata kita cuba cara menghilangkan kesan2 atau parut2 jerawat yang ada tu dengan bahan semulajadi...x payah nak kuarkan duit banyak2...kat dunia kita nie banyak kemudahan yang x perlu kuarkan duit banyak...kita guna ja cara yang mudah...jom kita selongkar cara yang mudah...

cara-caranya:

  1. Ambil beberapa helai daun sirih lalu cuci sehingga bersih.
  2. Rebuskan daun sirih tu. Air untuk merebus masuklah sebanyak 3 gelas air. Rebus sehingga air tinggal dalam 2 gelas air (pandai2 korang la nak sukat macam mana...hehe).
  3. Biarkan air yang sudah direbus tadi sejuk.
  4. Gunakan air tadi untuk mencuci muka pada waktu pagi dan petang.
Yang tu je...senangkan..selain menggunakan daun sirih nie..ada pelbagai lagi bahan2 semulajadi yang dapat kita guna. kebanyakkan bahan2 nie ada je kat rumah kita...ala...bahan2 yang selalu kita guna untuk memasak je...tu kalau korang yang jenis suka memasak la...hehehe...jom kita tengok apa bahan2 nya...

bahan-bahan semulajadi yang lain:

  1. Ais batu: Sapukan ais ke permukaan wajah untuk merapatkan liang-liang agar partikel-partikel luar penyebab jerawat tidak masuk ke dalam kulit.
  2. Hirisan Tomato: Sapukan hirisan tomato pada luka bekas jerawat yang tebukti dapat menghilangkan parut yang ada.
  3. Jus timun: Jus timun merupakan toner kulit semulajadi yang dapat memperbaiki tekstur kulit. timun dapat mengurangkan radang, menghaluskan kulit dan menyembuhkan luka yang disebabkan oleh jerawat.
  4. Putih telur: Putih telur amat mudah didapati dan cukup berkesan untuk mengatasi jerawat, sapukan putih telur pada jerawat dan biarkan semalaman agar jerawat korang mengecut.
  5. Kunyit: Di negara timur, kunyit telah beribu-ribu tahun dikenali sebagai produk kecantikkan. Salah satu khasiatnya ialah mengurangkan luka bekas jerawat.
  6. Lidah buaya: Lidah buaya merupakan penyembuh yang mujarab, termasuk untuk menghilangkan bekas jerawat. Caranya hanya perlu menyapukan lendir bahagian dalam lidah buaya ke kulit secara teratur.
  7. Air lemon: Sapukan air perahan lemon pada parut jerawat dan biarkan beberapa minit sebelum membasuhnya dengan air. Lemon mempunyai kandungan yang dapat mencerahkan warna kulit. Lemon juga dapat membuang sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih anjal.
  8. Minyak Zaitun: Selain menjadikan masakan semakin lazat, minyak zaitun juga dapat menghilangkan parut jerawat. Urut wajah korang dengan lembut menggunakan minyak zaitun terutama di bahagian yang terdapat parut jerawat.
  9. Madu: Madu merupakan pelembap semulajadi. Masker madu juga telah lama diyakini dapat membuatkan kulit wajah kelihatan lebih cerah dan bersinar.
  10. Air: Air merupakan kaedah rawatan wajah yang paling baik yang dapat kita peroleh dari alam. Minum air yang cukup untuk membuang racun-racun dari dalam tubuh badan. Air juga dapat membantu meninggalkan sel-sel kulit nanti.
  11. Buah dan sayur-sayuran: Perbanyakkan mengambil buah dan sayu-sayuran untuk menjadikan kulit lebih sihat.
haaa...ni la antara bahan2 semulajadi yang boleh kita gunakan...so x payah la kita nak kuarkan duit banyak2 beli produk yang mahal2..guna je apa yang ada..k la...selamat mencuba...

 P/S: Jom join CM guna cara kat atas nie...huhuhu...kita sama2 mencantikkan wajah guna bahan semulajadi.
CREDIT: Buku Tip dan Petua Kecantikan Harian by Abdul Manan

XOXO


DAH BACA? APA TUNGGU LAGI..SILA BERIKAN KOMEN

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi mengomen...jika CM ada tersilap dan tersalah tulis itu adalah kesalahan dari diri CM yang baik itu semuanya datang dari NYA..